Kala engkau tersungkur di hati
Daku mencurah kasih abadi
Renungkan janji mataku
Yakinilah bisa akhirnya
Dengarla mereka persendakan
Usah gentar menawani cita
Terusan melangkah ke hujungnya
Bangkit semula semangatmu
Tegarkan jiwa jauh dari luka
Biar nyala jangan matikannya
Teguh gapaikanlah impian itu
Hapuskan duka biar genggam bara dalam kalbu
Ku percayakanmu segalanya pasti
Pimpini erat tanganku sayang
Kita bersama menanti sinar
Mimpimu menjelang jadi nyata
Tunggu saatnya kan dimiliki
Friday, March 14, 2008
Rugi Lengah Berkahwin - Petikan KOSMO
Faktor kewangan, urusan rumah tangga dan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melambatkan perkahwinan pasangan muda hari ini.
CINTA yang dibina sejak sekian lama tidak semestinya boleh menimbulkan perasaan kasih dan sayang tanpa ikatan perkahwinan.
MEMETIK kata dari buku bertajuk Membina Rasa Cinta, nukilan pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, cinta lahir bersama lahirnya manusia. Ia satu perasaan yang sukar difahami. Anda tidak boleh lari daripada cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri.
Kata orang dahulu pula, tidak elok bercinta lama-lama, takut nanti dikebas orang. Pepatah ini membuktikan bahawa jalinan cinta yang sudah lama dibina sepatutnya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
Justeru itu, jangan berlengah untuk menggapai waktu kemuncak ke alam pernikahan. Ini kerana cinta tidak akan berakhir dalam sebuah kehidupan yang hakiki.
Setiap insan inginkan kebahagiaan, disayangi, dibelai, dihargai dan dihormati oleh apa yang dinamakan cinta. Menurut Tuah, waktu bercinta, cintalah pasangan seadanya dan apabila berkahwin, cintalah pasangan sebenar-benarnya.
Dalam meniti usia yang semakin lewat senja, rugi sekiranya ada dalam kalangan kita melewatkan perkahwinan, biarpun tiada lagi yang ingin dipertaruhkan kala percintaan sedang membara.
Kata Tuah, tempoh menjalinkan hubungan cinta yang terlalu lama boleh mendatangkan impak pada sesebuah kebahagiaan yang dinikmati dalam alam percintaan. Ini sekali gus akan meletakkan pasangan berhadapan dengan pelbagai risiko tanpa dipinta.
"Saat dilamun cinta, janganlah sesekali membiarkan masa berlalu dengan begitu lama, takut ia mengundang perkara yang tidak diingini. Antara risiko yang mungkin melanda pasangan ialah rasa bosan yang tidak diduga dan boleh muncul pada bila-bila masa.
"Cinta yang dibina sejak sekian lama tidak semestinya boleh menimbulkan rasa kasih dan sayang yang berterusan. Pasangan mungkin beralih pandangan pada suatu sudut yang berbeza. Ia boleh membentuk rasa bosan, hilang perasaan, keraguan dan kurang keyakinan terhadap pasangan.
"Perlu diingatkan, cinta tidak semestinya indah. Ia selalunya dipenuhi 1001 rasa termasuklah marah, merajuk, sedih, ungkit-mengungkit, sakit hati, gaduh, tidak mengerti dan dendam yang tiada kesudahannya," ujarnya.
Jelasnya, faktor kewangan, urusan rumah tangga dan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan pasangan hari ini untuk lambat berkahwin.
"Ketakutan membiayai kehidupan, sememangnya menjadi alasan yang kini menghantui ramai pasangan khususnya golongan lelaki untuk mendirikan rumah tangga. Sebenarnya, rezeki seseorang akan bertambah sekiranya dia membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
RUGI bercinta terlalu lama kerana ia mempunyai kemanisan luar biasa di alam perkahwinan. -
"Pernahkah kita mendengar, orang yang mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata selama ini, tidak mampu menyara hidup bersama anak-anak? Walaupun tidak semewah yang diharapkan, tetapi mereka tetap dianugerahkan keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri," tegasnya.
Jadi, katanya, berfikirlah sebelum melakukan suatu perkara yang membatasi perhubungan.
Menurut Tuah, tidak elok dipandang sekiranya bercinta terlalu lama.
"Cinta bukan sahaja mengajar seseorang erti kebahagiaan dan kematangan, tetapi ia juga boleh mendorong ke arah perilaku yang tidak baik di sisi agama," katanya.
Justeru itu, bagi pasangan yang sedang mabuk bercinta, terdapat lima elemen yang mampu membuatkan cinta itu berkekalan dan disudahi dengan ikatan perkahwinan sekiranya ia diamalkan dalam kehidupan harian. Antaranya ialah:
Cinta pada Allah
Ketika sedang hangat dilamun cinta, sedarilah kita pada hakikatnya di manakah lahirnya erti sebuah cinta. Setiap insan perlu mencintai Allah dan mensyukuri nikmati yang diberikan. Tanamkan dalam hati, 'Aku cinta Allah'. Niat yang betul pasti akan dimakbulkan oleh-Nya.
Cinta pada Nabi
Pelengkap kehidupan adalah cinta pada Allah dan Rasul-Nya. Ibarat cinta pada sebuah kereta, tetapi tayarnya tidak. Apakah yang akan timbul sekiranya cinta yang dilahirkan bukan secara keseluruhan dan tiada keikhlasan?
Cinta kepada ibu dan ayah
Kasih ibu hingga ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya. Sama ada yang masih hidup mahupun telah kembali kepada-Nya, tanamkan rasa cinta kepada ibu dan ayah. Restu ibu dan ayah membawa sinar kebahagiaan sepanjang hayat. Jadi, hubungan cinta mesti mendapat keredaan daripada mereka.
Cinta kepada guru
Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk kebahagiaan orang lain. Besar nyala api, besar lagi ilmu yang diberikan. Sekiranya memperoleh ilmu, maka kita tidak akan sesekali mempersiakan kehidupan yang mencabar sehingga boleh mencetuskan perbuatan yang terkutuk dan dilarang agama. Peranan seorang guru mempunyai persamaan seperti seorang ibu.
BERFIKIR sebelum melakukan perkara yang membatasi perhubungan.
Cinta pada diri sendiri
Sayangilah diri anda seperti mana anda menyintai ibu dan ayah. Jangan sesekali menganiaya diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan separuh kehidupan, akibat dinodai perasaan cinta yang mendalam dari insan bergelar kekasih.
Tanya pada diri sama ada bersedia ataupun tidak dengan cinta pasangan itu.
Menurut Tuah, lima elemen di atas memberi impak mendalam pada diri sendiri dan ia berkesan membentuk sebuah perhubungan cinta ke arah yang lebih positif dan berpendirian.
Lupakan saja Kelantan-Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 13 Mac – Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO seharusnya tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama Pas buat kali kelima.
Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini berkata sudah sampai masanya untuk UMNO insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu, adalah satu usaha yang sia-sia.
Malah menurut beliau, wang yang dicurahkan untuk perjuangan politik di Kelantan itu lebih banyak menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu.
Katanya, bagaimanapun kekalahan BN di Kelantan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk meneruskan pembangunan di negeri itu, sekiranya ada satu kerjasama yang rapat antara kerajaan Pas Kelantan dan kerajaan Persekutuan.
“Kemenangan Pas di beberapa buah negeri dan kawasan bukan Melayu juga menunjukkan bahawa parti itu boleh bersikap rasional sekiranya menghadapi tekanan politik demi meneruskan kuasa.
“Pilihan raya kali ini juga menunjukkan bahawa Pas sanggup untuk berganjak dari dasar-dasarnya yang bersifat ketaksuban kepada rasional dalam realiti politik Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini.
Zainuddin percaya usaha untuk membantu rakyat Kelantan tidak akan menjadi satu usaha yang sia-sia kerana mereka adalah terdiri daripada masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa menunggu peluang perniagaan.
“Saya percaya kerajaan Kelantan juga akan bertukar sikap dan lebih terbuka apabila menghadapi kerajaan pusat yang bersifat mesra” katanya.
Wednesday, March 12, 2008
Isu DEB: Melayu sokong pembangkang perlu bertanggungjawab - Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 11 Mac – Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR.
‘‘Kita tidak boleh salahkan kerajaan baru itu (DAP) kerana itu hak mereka yang tidak melibatkan Kerajaan Persekutuan tetapi saya menyalahkan orang Melayu dalam Pas dan PKR.
‘‘Mereka mengkhianati perjuangan dan semangat DEB yang selama ini bertujuan membangunkan bukan sahaja orang Melayu, tetapi semua rakyat Malaysia.
‘‘Mereka kena jawab dengan orang Melayu lain,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamed Nazri diminta mengulas mengenai dasar DAP untuk Pulau Pinang yang diumumkan selepas Ketua Menterinya yang baru, Lim Guan Eng mengangkat sumpah hari ini.
DAP mahu melaksanakan polisi pentadbiran bebas daripada amalan DEB, selain turut menyokong pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda masing- masing.
Kerajaan Pulau Pinang juga akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil sebahagian keuntungan Petronas bagi membiayai sepenuhnya pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.
Menurut Nazri, kerajaan DAP tidak akan terbentuk sekiranya ia tidak mendapat sokongan orang Melayu dalam kedua-dua parti pembangkang itu.
Mengenai kenyataan Guan Eng berhubung keuntungan Petronas, Mohamed Nazri berkata, DAP perlu mendapatkan persetujuan Perdana Menteri.
Ahli MT UMNO, Datuk Norraesah Mohamad pula berkata, beliau amat kesal kerana orang Melayu terutama golongan muda yang menyertai pembangkang tidak memahami tujuan sebenar DEB diwujudkan.
Katanya, DEB sebenarnya memberi peluang kepada orang Melayu untuk berada pada paras yang sama dengan kaum lain di negara ini.
Beliau berkata, ia sebenarnya asas kepada usaha untuk menghapuskan kemiskinan dan kebetulan ramai golongan miskin terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Menidakkan DEB adalah satu tindakan yang menyedihkan kerana ramai yang tidak faham fungsi sebenar dasar itu dan ia seringkali disalah erti sebagai memberi faedah kepada satu pihak sahaja,’’ katanya.
Sementara itu, Penasihat Parti Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik pula berkata, pentadbiran baru kerajaan Pulau Pinang berhak melaksanakan apa sahaja rancangan mereka.
Namun, katanya, Gerakan akan melihat sejauh mana apa yang dirancangkan itu dapat dilaksanakan secara efisien dan praktikal.
‘‘Kita tengok sama ada mereka boleh buat, akan buat atau tidak buat. Sesiapa pun boleh cakap. Kita akan jadi pemerhati,’’ katanya.
Pulau Pinang bebas DEB
PULAU PINANG 11 Mac – Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng berkata, kerajaan campuran DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mentadbir negeri itu bebas daripadaDasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalanrasuah dan sistem yang tidak cekap.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Ketua Menteri, beliau berkata, kerajaan negeri baru itu akan melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua pemerolehan dan kontrak kerajaan.
DEB menekankan pembasmian kemiskinan danpens trukturan semula ekonomi untuk menghapuskan pengenalan etnik dengan fungsi ekonomi.
Dasar itu, yang dilaksanakan pada 1971,juga mengandungi pengagihan kekayaan dan tindakan teguh untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi memperoleh sekurang-ku rangnya 30 peratus daripada kekayaan negara.
Berikutan kenyataan Guan Eng itu, beliau ditanya mengenai hak-hak orang Melayu dan jawabnya: ``Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.
``Saya tak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama." — BERNAMA.
Tuesday, March 11, 2008
MELAYU BANGSAKU - BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG menerima banyak reaksi daripadaorang Melayu berhubung keputusan PilihanRaya Umum Ke-12, yang menyaksikan pembangkang menawan lima negeri dan menguasai Wilayah Persekutuan.
Gelombang reaksi itu sama ada melalui surat pembaca, e-mel dan SMS melahirkan rasa terkejut terhadap banyak perkara.
Yang paling mengejutkan mereka ialah bagaimana DAP dapat melonjakkan kuasa politiknya dengan bantuan Pas dan PKR.
Kini DAP yang memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia memerintah PulauPinang dan dominan di Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Begitu juga dengan sentimen perkauman tebal para pengundi Cina dan India yang‘bersatu’ menerusi undi kaum masing-masing, di sebalik BN melayan banyak tuntutan mereka.
Maknanya yang ‘menang’ dalam percaturan ini ialah politik Cina dan yang kalah orang Melayu – makin berpecah dan kelihatan lemah kuasa politik.
Awang bukanlah mahu bersifat perkauman tetapi itulah perasaan orang Melayu kesan daripada pilihan raya kali ini.
Selain itu, ada persepsi UMNO dilihat ambil mudah pengundi Melayu, yang akhirnya mengundang tindak balas negatif.
Friday, March 7, 2008
Whenever You Call
Love wandered inside,
stronger than you,
stronger than I
And now,
that its begun,
we cannot turn back
We can only turn in to one
I won't ever be too,
far away to feel you,
and I won't hesitate at all,
whenever you call,
and I'll always remember,
that part of you, so tender,
I'll be the one to catch your fall,
whenever you call
And I'm,
truly inspired,
finding my soul,
there in your eyes,
and you have opened my heart,
and lifted me inside,
by showing me yourself undisguised
And I won't ever be too,
far away to feel you,
and I won't hesitate at all,
whenever you call,
and I'll always remember that part of you so tender,
I'll be the one to catch your fall,
whenever you call
And I will breathe for you each day,
comfort you through all the pain,
gently kiss your fears away
You can turn to me and cry,
always understand that I give you all I have inside
And I won't ever be too,
far away to feel you
And I won't hesitate at all
Whenever you call
I won't ever be too far to feel you,
and I won't hesitate at all whenever you call,
I'll always remember that part of you so tender and be the one to catch your fall whenever you call
Yeah Yeah,
oh whenever you call
stronger than you,
stronger than I
And now,
that its begun,
we cannot turn back
We can only turn in to one
I won't ever be too,
far away to feel you,
and I won't hesitate at all,
whenever you call,
and I'll always remember,
that part of you, so tender,
I'll be the one to catch your fall,
whenever you call
And I'm,
truly inspired,
finding my soul,
there in your eyes,
and you have opened my heart,
and lifted me inside,
by showing me yourself undisguised
And I won't ever be too,
far away to feel you,
and I won't hesitate at all,
whenever you call,
and I'll always remember that part of you so tender,
I'll be the one to catch your fall,
whenever you call
And I will breathe for you each day,
comfort you through all the pain,
gently kiss your fears away
You can turn to me and cry,
always understand that I give you all I have inside
And I won't ever be too,
far away to feel you
And I won't hesitate at all
Whenever you call
I won't ever be too far to feel you,
and I won't hesitate at all whenever you call,
I'll always remember that part of you so tender and be the one to catch your fall whenever you call
Yeah Yeah,
oh whenever you call
JANGAN BILANG TIDAK
ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu
ku pernah menyendiri
di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa
namun hatiku sepi
jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta
bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi
ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu
jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta
bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
jangan bilang tidak
waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
makanya sungguh aku mohon
jangan bilang tidak
Wednesday, March 5, 2008
Usah Tambah Dosa Sedia Ada
DAN sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidakbersalah maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa yang amat nyata.(An-Nisaa’: 112)
Huraian:Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskanperangai buruk sesetengah manusia yang telah melakukan maksiat dan kesalahan sama ada kecil atau besar, tetapi kemudiannya menuduh orang lain yang tidak bersalah melakukannya.
Orang sebegini pada hakikatnya telah melakukan dua dosa iaitu dosa maksiat itu sendiri dan dosa berdusta atau tuduhan berbohong dan memfitnah.
Matlamat orang yang melakukan ini samaada untuk melepaskan diri daripada hukuman dunia sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat ataupun sengaja untuk menganiaya orang lain, kerana cemburu, irihati dan dengki.
Orang yang melakukan perkara sebegini pastinya menanggung dosa berganda yang dilakukannya, akan dibaling dengan azab yang pedih oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.
Selain itu, kehidupannya di dunia juga tidak akan selamat dan tenteram lantaran dihantui rasa bersalah, sentiasa bimbang rahsianya terbongkar, kegelisahan yang berpanjangan dan hilang keberkatan terhadap rezeki dan harta benda.
Islam telah mengajar kita bahawa Allah s.w.t. itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Justeru bagi seseorangIslam sekiranya terlanjur melakukan dosa atau maksiat maka bersegeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh(taubat nasuha).
Pastinya Allah akan mengampunkan dosa,dan jangan sekali-kali mengulangi lagi maksiat dengan menuduh orang lain melakukan dosa tersebut. Sesungguhnya Allah s.w.t. penerima taubat dan suka pada hamba-hamba-Nya yang sentiasa bertaubat.
Kesimpulan:Islam melarang umatnya menuduh orangyang tidak bersalah melakukan dosa atau maksiat, tuduhan ini amat berat ditanggung oleh orang yang menerima tuduhan tersebut, bagi orang yang menuduh melakukan maksiat sebegini akan menanggung dosa yang besar kerana memfitnah orang lain.
Sebelum terlambat hendaklah bertaubat,bagi setiap dosa atau maksiat yang terlanjur dilakukan maka bersegeralah bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha kerana Allah s.w.t. itu Maha Pengampun lagi maha Penyayang.
Sabda Rasulullah S.A.W
Ganjaran amal solehDARI Abi Hurairah (ra.) katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t.telah menyediakan untuk hamba-nya yang soleh itu nikmat yang tidak pernah dilihat, didengar dan tidak pernah terlintas di hati, bacalah kiranya firman-Nya bermaksud: maka setiap orang itu tidak mengetahui apa yangdisimpankan untuk mereka dari (segala jenis nikmat) yang indah dipandang lagi menggembirakan sebagai balasan bagi amal yang mereka kerjakan (surah as-sajadah ayat 17), (riwayat Bukhari).
Huraiannya:Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w.menceritakan mengenai ganjaran yang disediakan untuk balasan kepada mereka yang beramal soleh di dunia ini terlalu besar dan hebat. Ianya tidak pernah terfikir oleh hati manusia, sekalipun mungkin namanya agak sama tetapi jauh lebih baik indah dan enak dari segala nikmat yang pernah dirasainya di dunia ini. Sehingga tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Apa yang dapat diceritakan ianya nikmat yang tidak pernah terlintas di fikiran, tidakpernah terlihat dan terdengar.
Kesimpulannya:Beramal ibadatlah dengan bersungguh-sungguh sekarang ini,kerana balasan amalan tersebut amatlah besar ganjarannya sehingga tidak mampu digambarkan kerana belum terlihat dan terdengar, juga belum terfikir dalam benak hati manusia.
Subscribe to:
Comments (Atom)
