21 - 23 November-Bertempat di Berjaya Hotel, Georgetown telah diadakan Bengkel Perealisasian Item UPKK anjuran JAKIM. 3 negeri terlibat iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menghimpunkan cerdik pandai guru-guru KAFA bagi menimba pengetahuan teknik dan kaedah menyediakan soalan-soalan UPKK yang memenuhi standard JAKIM dan Lembaga Peperiksaan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru KAFA Pulau Pinang yang terpilih dan sudi menghadirkan diri ke kursus ini. Apa yang saya inginkan melihat semua guru-guru KAFA Pulau Pinang duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan guru-guru KAFA yang lain.Mudahan usaha ini akan memberikan impak terbaik kepada KAFA Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment