AWANG menerima banyak reaksi daripadaorang Melayu berhubung keputusan PilihanRaya Umum Ke-12, yang menyaksikan pembangkang menawan lima negeri dan menguasai Wilayah Persekutuan.
Gelombang reaksi itu sama ada melalui surat pembaca, e-mel dan SMS melahirkan rasa terkejut terhadap banyak perkara.
Yang paling mengejutkan mereka ialah bagaimana DAP dapat melonjakkan kuasa politiknya dengan bantuan Pas dan PKR.
Kini DAP yang memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia memerintah PulauPinang dan dominan di Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Begitu juga dengan sentimen perkauman tebal para pengundi Cina dan India yang‘bersatu’ menerusi undi kaum masing-masing, di sebalik BN melayan banyak tuntutan mereka.
Maknanya yang ‘menang’ dalam percaturan ini ialah politik Cina dan yang kalah orang Melayu – makin berpecah dan kelihatan lemah kuasa politik.
Awang bukanlah mahu bersifat perkauman tetapi itulah perasaan orang Melayu kesan daripada pilihan raya kali ini.
Selain itu, ada persepsi UMNO dilihat ambil mudah pengundi Melayu, yang akhirnya mengundang tindak balas negatif.

1 comment:
Dato' Seri Abdullah b Haji Ahmad Badawi, teruskanlah memperjuangkan dan mempertahankan kedaulatan Negara, kesuciaan Agama Islam dan keutuhan Bangsa Melayu.
Post a Comment